Rukun Iman adalah asas dan sendi kepercayaan
kita kepada agama Islam yang kita anuti. Dengan mempercayai apa yang diwajibkan
kepada kita, maka baharulah dinamakan kita beriman kepada Allah SWT. Ini
kerana, di dalam Islam ada perkara-perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata
kasar tetapi wajib dipercayai dengan sepenuh hati. Ia adalah perkara-perkara
samiyyat (yang hanya didengar).
Para ulama
menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai
sebagai Rukun Iman:-
- Percaya kepada Allah
- Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
- Percaya kepada Malaikat-Malaikat
- Percaya kepada Kitab-Kitab
- Percaya kepada Hari Akhirat
- Percaya kepada Qada' dan Qadar
·
Percaya Kepada Allah
Kita
wajib percaya kepada Allah . Percaya kepada keesaannya . Wajib percaya tiada
tuhan melainkan Allah yang hidup tiada pemulaan dan tiada akhirnya , tiada yang
menyerupainya , maha berkuasa , maha medengar , maha melihat dan maha
mengetahui segala yang berlaku baik yang kelihatan dan tersembunyi. segala yang
belaku adalah diatas kehendaknya
·
Percaya kepada malaikat
wajib
percaya malaikat itu wujud . Dijadikan tuhan daripada nur ( cahaya ) yang
sentiasa bertasbih kepada tuhan dan tidak pernah menginkari suruhan dan
larangan Allah
·
Percaya kepada Kitab-kitabnya
wajib
percaya bahawa tuhan menurunkan peraturan-peraturan dan perintah yang diberikan
kepada rasul-rasulnya. Segala peraturan ini dikumpulkan dijadikan kitab.
Kitab ini adalah terkumpulnya segala suruhan dan larangan yang dikenakan kepada
manusia.
·
Percaya kepada nabi dan rasul
Kita
wajib percaya tuhan mengirimkan pesuruh dan utusan kepada manusia sebagai ketua
atau pembimbing manusia ke arah jalan yang benar .dan juga bertindak sebagai
penyampai perintah dan larangan tuhan.
·
Percaya kepada Hari Kiamat
Kita
wajib percaya pada suatu hari nati dunia akan hancur lebur , rosak binasa
dan segala mahluk benyawa pasti akan mati , kemudian manusia akan dihidupkan
kembali dari kubur mereka untuk dihitung amalan mereka dan mendapat pembalasan.
·
Percaya Kepada Qahda dan Qadar
wajib
percaya segala yang terjadi adalah apa yang telah ditentukan dan ditetap kan
tuhan sejak azali Percaya kepada Qadha dan Qadar
No comments:
Post a Comment