Wednesday, 25 January 2012

RUKUN ISLAM


Rukun Islam bermaksud; menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.

Setiap umat Islam mestilah memenuhi fasa yang pertama sebagai penganut, mematuhi tuntutan agama. Rukun Islam mempunyai 5 fasa/ perkara. Antaranya;

Kesemua yang di senaraikan adalah tuntutan yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim.

  1. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
"Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Dengan Syahadah, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s. w. t. dan Nabi Muhamad s. a. w. itu adalah pesuruhnya.

  1. SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga, dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi Muhamad s. a. w.

Sembahayang adalah satu cara bagi menunjukkan kepatuhan antara manusia dengan Tuhan. Di dalam Islam, solat adalah penting bagi mencegah kemungkaran. Islam mensyariatkan 5 solat fardhu iaitu;

- Subuh -
- Zohor -
- Asar -
- Maghrib -
- Isyak -

Solat-solat ini mesti ditunaikan oleh setiap muslim yang sihat dan memenuhi syaratnya. Walaubagaimanapun solat fardhu mestilah ditunaikan tepat pada waktunya. Ia tidak boleh ditangguh-tangguh kerana hukum menangguh tanpa sebab yang munasabah tetap berdosa. Solat ini tidak boleh di percepatkan waktunya atau dilambatkan. 



3.    BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN

Umat Islam mempunyai kalendar "Taqwim"nya yang tersendiri. Pada bulan Ramadhan umat Islam yang sihat diwajibkan berpuasa pada siang hari. dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan keinginan kita kepada Allah. 
Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akn melahirkan rasa keinsafan di dalam keperibadian kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s. w. t.
Waktu berpuasa adalah bermula dari sebelum terbit matahari sehinggalah selepas terbenamnya matahri. Ini bererti ia bermula dari masuk waktu Subuh hingga ketibaan waktu Maghrib.



4.    MENGELUARKAN ZAKAT

Bagi golongan yang sudah mampu menyara diri diwajibkan membayar Zakat. Ada pelbagai jenis zakat iaitu zakat Fitrah, zakat Harta, Perniagaan dan beberapa lagi. Zakat ialah lebihan harta yang ada pada setiap individu yang terlibat. 

Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan. dengan zakat, kita mengabdikan diri kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.




5.    MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH

Haji adalah ibadat yang dituntut bagi golongan yang mampu. Haji ialah ibadah yang paling tinggi melalui ujiannya di Tanah suci Mekah Al-Mukarramah. Haji hanya boleh dibuat di Mekah dan Madinah sahaja. Jemaah haji hanya pergi dengan memakai pakaian khas yang berwarna putih. Kesabaran sangat diperlukan untuk mencapai status Haji Mabrur ataupun haji yang diterima Allah s.w.t. 
Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah bagi mereka yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

No comments:

Post a Comment