Tarikh Hijrah merupakan satu
kalendar Islam. Kalendar Hijrah ini bermula pada waktu Nabi Muhammad berhijrah
dari Makkah ke Madinah. Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan
takwim
yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan
sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.
Terdapat 12 bulan dalam
Takwim Hijrah iaitu:
1.
Muharram
10.
Syawal
12.
Zulhijjah
Berikut adalah
nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam
lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa
besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun,
oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal
setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama
sesetengahnya kini.
- Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini
mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan
budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini.
Selepas munculnya Islam, Allah
meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
- Safar (ﺻﻔﺮ)
Perkataan in
bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai,
kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan
yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
- Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama
musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
- Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua
musim bunga.
- Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama
musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
- Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua
musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud
telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
- Rejab (ﺭﺟﺐ)
Satu lagi bulan
suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang
dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan;
kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di
tengah-tengah.
- Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
Bulan ini
terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang.
Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
- Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
Diambil
daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini
menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
- Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
Diambil
daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting.
Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
- Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
Diambil
daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah
bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga
mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk
menunaikan Haji.
- Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
Ini adalah
bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran
kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil
perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.
No comments:
Post a Comment