1.
memperbanyakkan selawat pada malam jumaat dan siang jumaat
> sabda Rasulullah saw : "perbanyakkanlah
selawat kepadaku pada hari jumaat dan malam jumaat. sesiapa yang berselawat
kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat dan memberi salam kepadanya
sepuluh kali" (riwayat al-baihaqi)
2. membaca surah al-kahfi hari jumaat atau malam jumaat
> Rasulullah saw bersabda: "sesiapa yang membaca
surah al-kahfi pada hari jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua
jumaat" (riwayat al-nasa'i dan al-baihaqi)
3. mandi sunat, berhias, bersiwak/bersugi, dan memakai
wangi-wangian
> Rasulullah saw bersabda: "sesungguhnya hari
ini (jumaat) ialah hari raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin, sesiapa
yang mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi, jika memiliki minyak
wangi, maka hendaklah ia memakainya. hendaklah kalian bersiwak" (riwayat
ibnu majah dengan sanad hassan)
4. bersegera menghadiri solat jumaat
> terdapat ganjaran yang berbeza bagi mereka yang
pergi ke masjid pada hari jumaat. waktu masuk ke masjid di awal waktu
seolah-olah berkorban seekor unta, waktu kedua seolah-olah berkorban seekor
lembu, waktu ketiga seolah-olah bekorban seekor kambing kibas, waktu keempat
seolah-olah seekor ayam dan waktu masuk ke masjid pada akhir waktu seolah-olah
bekorban sebiji telur..
5 berusaha duduk dekat dengan imam semasa solat jumaat
> rasulullah saw bersabda : "hadirilah khutbah
dan mendekatlah kepada imam, sesungguhnya seorang yang sentiasa menjauh akan
diakhirkan tempatnya di syurga meskipun memasukinya" (riwayat abu daud dan
al-hakim)
sumber : solusi isu 27
No comments:
Post a Comment